MUGGLE
Muggle adalah panggilan ahli-ahli sihir kepada manusia yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan mengenai ilmu sihir dalam sihir Harry Potter. Ahli-ahli sihir yang lahir dari keturunan asal keluarga yang memiliki ilmu pengetahuan sihir amat takjub dengan identitas mereka dan memandang rendah kepada manusia biasa atau kepada ahli-ahli sihir yang berpengetahuan sihir tetapi dilahirkan separuh keturunan sihir atau keturunan yang memang asal-usulnya tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang sihir. Mengikuti legenda, Salazar Slytherin yaitu antara pendiri Hogwarts yang memulakan agenda tersebut dengan hanya memandang bahwa sihir hanya patut diajarkan kepada keturunan sihir saja. Ini disebabkan pada ketika itu, golongan ahli sihir telah ditindak dengan teruk oleh golongan Muggle ini.
Asal dan penggunaan
J. K. Rowling mengatakan beliau mencipta perkataan "muggle" daripada perkataan "mug", iaitu dalam Bahasa Inggris bagi seseorang yang senang diperbodohkan. Ia menambahkan "-gle" untuk membuatkannya lebih buruk.
Perkataan "muggle" telah ditambah ke dalam Kamus Inggris Oxford pada 2003 untuk merujuk kepada seseorang yang tidak menguasai suatu kemahiran. Perkataan tersebut telah biasa digunakan oleh satu kumpulan pakar untuk merujuk siapa yang di luar kumpulan mereka.
Stephen King yang telah diilhamkan oleh hasil Rowling, mentafsiran muggle sebagai "orang dewasa yang tidak berimajinasi dan sering tidak selesa, yang tidak memahami kanak-kanak maupun untuk merendahkan mereka."
0 komentar:
Posting Komentar